Al-Quran

Khamis, 15 Disember 2011

Touching Story - Jika Anda Selalu Marah!

SEMOGA JADI IKTIBAR ..............

Seperti mana yang di emailkan kepada saya...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  • Solat sunat
  • Puasa sunat
  • Berzikir
  • Bersedekah
  • Mengusap rambut anak yatim
  • Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  • Membantu orang susah

Jangan bersikap sombong diri jika sudah merasa kesenangan.
Fikir-fikirkan lah..

Khamis, 1 Disember 2011

Doa elak kemalangan


Cara-cara untuk mengelakkan kenderaan anda dari berlaku kemalangan di jalan raya ialah :


1. Sediakan air bersih dalam satu bekas.
2. Baca surah-surah berikut dan tiupkan kedalam bekas air tersebut:
  • Al-Fatihah 3x
  • Al-Ikhlas 3x
  • An-Nas 3x
  • Al-Falaq 3x

3. Setelah melakukan perkara di atas, siramkan air tersebut ke atas kenderaan anda mengikut cara berikut:

  • Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
  • Dari depan ke kiri
  • Dari kiri ke belakang.
  • Dari belakang pusing hingga ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang ditunjukkan di atas InsyaAllah kenderaan anda tidak akan mengalami kemalangan yang besar.

Perhatian:
Perkara ini hanyalah perlu dilakukan sekali sahaja pada awal pembelian kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh memulakannya dari sekarang. Cukup dengan sekali sahaja.

( Semoga diizinkan oleh Al-Ustaz Mohamad Awang)

Selasa, 1 November 2011

Penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Just nak kongsi info iaitu, 8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.




Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.



3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.



6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pesanan Imam Ghazali

email dari kawan utk peringatan kita bersama.....


PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Khamis, 1 September 2011

PLUS ... Claims

Seperti yang di ceritakan kepada saya...

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang toll tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya. Mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Isnin, 1 Ogos 2011

10 Hak Yang Perlu Kita Tunaikan

Assalamualaikum wrb

Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:" Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya."
(Bukhari)

10 HAK YANG PERLU KITA TUNAIKAN



"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



KETIGA: HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.